07.13.08

Buah Hati

Posted in saket ati at 6:33 pm by AinuL

Found this in someone called Tun’s blog.. Her article is damn good.. And funny too..

simpton simpton org berpenyakit hati adalah seperti berikut
1. sakit hati
2. tak sedap ati
3. tawar hati
4. makan hati
5. busuk hati
6. takde hati

mengikut hasil kajian dari tun teja, penyakit hati seringkali dikaitkan dgn sejenis parasit yg lebih dikenali dgn nama “buah hati”. Parasit ini memberi kesenangan hati pada peringkat awal, namun apabila mencapai disatu tahap ia mula memberi sedikit tekanan kepada pesakit dari semasa ke semasa. Penyakit ini sukar dikesan kerana parasit “buah hati” ini tidak memberikan sebarang kesan negatif malah penghidap penyakit ini lebih bersemangat dan kelihatan bahagia. Namun ia boleh menyakitkan hati ikut suka ati dia je. Parasit “Buah hati” akan menyerang sistem pernafasan dan darah pesakit dan menyebabkan tercetusnya darah tinggi dan sesak nafas. Malah lebih dasyat lagi apabila sistem ketahanan badan pesakit lemah, sindrom sawan juga turut boleh menyerang sistem otak. Ini adalah penyakit hati ditahap paling berbahaya. Apabila sudah sampai ditahap sawan pesakit akan di hantar ke rawatan pakar sakit jiwa.

menurut doktor “hati” , penyakit ini boleh dikawal oleh pesakit dgn dua cara. Cara yg pertama ialah dgn melakukan pembedahan membuang “buah hati”. Ini lazimnya dilakukan oleh pesakit peringkat awal. Ia agak mudah dilakukan dan lebih selamat.

cara kedua ialah, buang hati anda kedalam longkang berdekatan. Ini boleh dilakukan oleh pesakit sendiri . Apabila pesakit tidak mempunyai hati, maka masalah penyakit ini tidak akan timbul lagi sampai bila bila. Dan pesakit akan menerima “buah hati” tanpa sebarang masalah.
Soal sakit ati, mkn ati atau tawar ati tidak akan timbul lagi.

oleh itu pilihla yg mana satu bersesuaian dgn kepala hotak anda. kerana kedua dua nya memberi kesan yg berbeza.

kepada mereka yg belum punya ” buah hati”, dinasihatkan sayangila hati anda. jagala kesihatan. Jgn biarkan parasit ini membuat anda menderita.

7 Comments »

  1. mAshe said,

    hahahaHAHAHAHahaha

  2. AinuL said,

    amboi.. dgn pnuh prasaan tuh.. nk glak gak laa.. hahahahaha

  3. DewiShuwa said,

    OWH.. ntry ne dtuju pada aku.. sbb aku x de buah hati… la,la,la….

  4. Muchacha said,

    ain..ain…
    haishhhh.. dak ni ilang lg!!!!!!!! =,=”

  5. AinuL said,

    Masok la blog br org.. hehe.. org update kt c2.

  6. mrbijan said,

    baru ni ada kuar paper sorg dak umt ada parasir buah hati tp parasit tuh bertindak ala2 vitagen.. watkan dia dapat 3.7 sumting tiap2 sem.. haha.. ape citer g2?

  7. AinuL said,

    mrbijan: Wah.. Kalo cm2 nk gak la parasit tuh.. Tp skrg neh dh buang ati dlm longkang. Kna g carik blik la neh.. mrbijan tlg la rekemen2 mane2 yg seswai jd parasit tuh.. Haha


Leave a Comment