09.01.08
Selamat Berpuasa!!
Hari ni ialah hari pertama puasa. saya puasa dengan tido 1 hari penuh keimanan ok. *tepuk tepuk* Azam saya Ramadhan ini ialah:
- saya tak nak ponteng terawikh
- saya nak khatam Quran
- saya nak makan sikit
hahaha. part yang last tu macam bukan saya jer. hobi saya ialah makan. kalau tak dapat makan, alangkah susah hatinya saya. sehari bermuram durja. mungkin saya patut buang azam yang itu. heee. kepada membe2 dan yang terchuyunk, selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu makna dalam hidup kalian. Cewah, ayat skema tuh. =p tak sabar nak raya!! cuti raya saya jatuh pada 23 September 2008. Hoyeeaaahhh *gelek gelek kegembiraan*
08.31.08
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 51
Malam ni saya men’sumbang’kan lagu menyanyi lagi. Untuk merdeka neh, kitorang nyanyi lagu
- Sejahtera Malaysia
- Gemilang
- Negaraku
- Perpaduan Teras Masyarakat
- Tanggal 31 tuh
Sambutan tahun ni adalah gila best. ada silat, sajak, teater Baju Emas Sang Maharaja, gimik ntahpape bermotosikal, abang2 yang bisa mengeluarkan api dari mulot beliau. sangat cool para abang api itu!! yang paling best pada malam tu ialah persembahan koir. tipu! perasan! ok. saya tipu. yang paling best ialah part Pjoy kena tanya soalan, lalu dijawabnya dengan gaya ala2 debater. ;p
part paling keji malam tu ialah bila saya call Nizam untuk ambik makanan saya sebab sangat kebulur lapar. saya pun berlari-lari keriangan menuju ke tempat Nizam untuk mendapatkan makanan free yang tawar dan keras lazat berkrim itu. lepas tu, di dalam suasana yang gelap, saya nampak sekumpulan lelaki duduk beramai2.
saya fikir, “owh, itu pun mereka”.
lalu saya dengan tak malunya pon berkata “Nak makanan, nak makanan” dengan gaya lapar tak terhingga.
saya nampak lelaki2 disitu agak kehairanan. ok, sekarang saya pula kehairanan. kenapa kawan2 saya tak nak bagi makanan? kemudian salah seorang dari lelaki itu berkata “nah, ambik la makanan saya”. Aik, apsal haku tak pernah dengar suara neh? Erk.. Nehiiii~~ Saya salah orang. Maalluuuuu~~
*lari sambil tutup muka*.
dunia ini sangat kejam.
08.29.08
Saya nak ini
Tolong2. Saya nak RJ. Mane nak cari. Waaahhh.. Cair.
Ada tak sape2 yang sudi tolong pinangkan beliau untuk saya?
Pissed Off
- saya tak suka orang mungkir janji.
- lpas mungkir janji buat bodoh jer.
- berjanji lagi, mungkir lagi. demm!!
- saya rasa terhegeh2.
- lpas tu cakap salah saya. WTH?
08.28.08
Jamban
Kalau cik Dewi sebelum ini bercerita tentang kes tak basuh pinggan, saya nak bercerita tentang sesuatu yang sedikit keji iaitu JAMBAN. ye, jamban ye. bila saya masuk jamban hostel yang tersayang ni, saya kadang2 terfikir,
- eh, aku kat tandas UMP ke kat pusat kumbahan mane2 ni?
- aku salah jalan ke?
- ke aku sesat?
- ade makhluk telah bawa aku ke alam lain?.
Jamban ini sangat teruk. saya sangat sakit hati dengan makhluk2 yang tak reti2 menjaga tandas ni. kadang2 terasa jugak nak menyental jamban tu. tapi bila pikir2, tandas itu adalah digunakan oleh banyak makhluk lain, terasa sangat keji untuk membersihkan sisa2 orang lain. sangat tak kewl. mungkinkah mereka2 ini perlu disediakan manual penggunaan tandas? atau kena ajar cara2 mengepam tandas?
Rindu Dendam
Tidak dapat digambarkan dengan kata2 betapa saya rindu dendam dengan wordpress saya ini. beliau begitu terabai. maaf ye. saya terlalu obses dengan blog saya yang bekground kaler pink itu. tapi saya ini adalah adil lagi bijaksana. saya tetap akan membahagikan kasih sayang yang sama rata dengan kalian berdua. adakah saya bisa kawen dua dengan keupayaan saya ini?
**********
Kawan online saya, Cik Mas (bukan nama tipu) telah berpisah dengan kekasih hati beliau. setelah 4 tahun berkasih-kasihan, hubungan yag disemai dengan baja organik terkubur begitu sahaja. semasa berYM dengan saya, beliau dengan perasaan yang membuak2 marah telah menyenaraikan sebanyak mungkin keburukan2 lelaki yang pernah menjadi pojaan beliau tidak lama dulu. saya yang suka gossip prihatin ini, mendengar dengan penuh tekun. selepas habis beliau bercerita, saya paksa dia belanja air memberikan sepatah dua kata nasihat.
Saya tertanya2, kenapa perlu bergaduh dan memaki hamun sesama sendiri? tidak bolehkah simpan sahaja keburukan2 orang itu? Adakah betul2 dapat kepuasan? Bukankah dulu kita pernah sayang dia?
Saya pun pernah meninggalkan dan ditinggalkan. tapi bila orang tanya, jawapan saya senang saja “tiada jodoh”. owh, mungkin sebab saya ialah orang yang cool dan baik hati.
Kesimpulan: Cik Mas adalah seorang yang tidak cool. Hahahahaha.
07.13.08
Buah Hati
Found this in someone called Tun’s blog.. Her article is damn good.. And funny too..
simpton simpton org berpenyakit hati adalah seperti berikut
1. sakit hati
2. tak sedap ati
3. tawar hati
4. makan hati
5. busuk hati
6. takde hati
mengikut hasil kajian dari tun teja, penyakit hati seringkali dikaitkan dgn sejenis parasit yg lebih dikenali dgn nama “buah hati”. Parasit ini memberi kesenangan hati pada peringkat awal, namun apabila mencapai disatu tahap ia mula memberi sedikit tekanan kepada pesakit dari semasa ke semasa. Penyakit ini sukar dikesan kerana parasit “buah hati” ini tidak memberikan sebarang kesan negatif malah penghidap penyakit ini lebih bersemangat dan kelihatan bahagia. Namun ia boleh menyakitkan hati ikut suka ati dia je. Parasit “Buah hati” akan menyerang sistem pernafasan dan darah pesakit dan menyebabkan tercetusnya darah tinggi dan sesak nafas. Malah lebih dasyat lagi apabila sistem ketahanan badan pesakit lemah, sindrom sawan juga turut boleh menyerang sistem otak. Ini adalah penyakit hati ditahap paling berbahaya. Apabila sudah sampai ditahap sawan pesakit akan di hantar ke rawatan pakar sakit jiwa.
menurut doktor “hati” , penyakit ini boleh dikawal oleh pesakit dgn dua cara. Cara yg pertama ialah dgn melakukan pembedahan membuang “buah hati”. Ini lazimnya dilakukan oleh pesakit peringkat awal. Ia agak mudah dilakukan dan lebih selamat.
cara kedua ialah, buang hati anda kedalam longkang berdekatan. Ini boleh dilakukan oleh pesakit sendiri . Apabila pesakit tidak mempunyai hati, maka masalah penyakit ini tidak akan timbul lagi sampai bila bila. Dan pesakit akan menerima “buah hati” tanpa sebarang masalah.
Soal sakit ati, mkn ati atau tawar ati tidak akan timbul lagi.
oleh itu pilihla yg mana satu bersesuaian dgn kepala hotak anda. kerana kedua dua nya memberi kesan yg berbeza.
kepada mereka yg belum punya ” buah hati”, dinasihatkan sayangila hati anda. jagala kesihatan. Jgn biarkan parasit ini membuat anda menderita.
![]()


